Monday, January 16, 2012

DEFINISI KOMPUTER


Komputer merupakan mesin boleh atur cara yang direka untuk membaca dan melaksanakan urutan sesebuah senarai arahan yang membuatkan ia melakukan operasi aritmetik dan logik berdasarkan angka binari. Pada asasnya, komputer terdiri dari ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang untuk peyimpanan data; dan unit pemprosesan pusat yang berfungsi sebagai unit kawalan serta mengandungi unit logik aritmetik

Aksesori (contohnya papan kekunci, tetikus atau kad grafik) boleh dihubungkan supaya komputer dapat menerima input luar dan memaparkan output.

Unit pemproses komputer melaksanakan siri arahan yang membuatkan ia membaca, memanipulasi dan kemudian menyimpan data. Ujian dan arahan loncat membenarkannya untuk bergerak di dalam ruang program dan oleh itu melaksanakan arahan berlainan sebagai fungsi dari kedudukan semasa dari mesin itu atau persekitarannya.

0 comments:

Post a Comment