Tuesday, September 2, 2014

4 Jenis Penyakit Bawaan Komputer | Penyakit komputer memang ada; ada virus dan cecacing komputer, ada penyakit e-mel seperti spam, dan penyakit komputer yang lain seperti kerosakan cakera keras dan kerosakan papan kekunci. Penyakit komputer memang menyusahkan pengguna komputer. Semua itu ialah penyakit komputer; komputer yang sakit, boleh diperbaiki, dan komputer yang rosak teruk, boleh diganti dengan yang lain.

Adakah komputer boleh membawa penyakit kepada manusia? Ya, komputer memang boleh membawa penyakit kepada manusia. Pelbagai jenis penyakit boleh menjangkiti manusia disebabkan oleh penggunaan komputer dengan cara yang tidak betul. Walaupun penyakit bawaan komputer ini tidak membawa maut, tetapi apabila seseorang telah terkena penyakit bawaan komputer, keadaan ini memang menyusahkan dan kualiti hidupnya akan merosot.

Perkara pertama yang perlu diketahui ialah risiko penyakit bawaan komputer hanya menjangkiti pengguna yang dinamai sebagai “kaku komputer” (habitual). Pengguna yang duduk di hadapan komputer dalam tempoh masa yang lama memang berisiko tinggi mendapat penyakit bawaan komputer. 
Pengguna komputer, kita sepatutnya mengetahui tentang pelbagai jenis penyakit yang biasanya dikaitkan dengan penggunaan komputer yang tidak betul dan dalam tempoh yang lama. Pengetahuan ini penting supaya apabila sesuatu penyakit itu telah dikenal pasti, kita boleh berikhtiar agar penyakit tersebut dapat dihindari.

Penyakit yang biasa dikaitkan dengan penggunaan komputer yang tidak betul termasuklah:
  1.    Gangguan mata dan penglihatan
  2.    Gangguan pendengaran
  3.    Kecederaan rangka otot (MSD) seperti sakit kepala, bahu, belakang badan, pinggang, bahagian punggung, lutut dan sakit kaki
  4.    Penyakit psikososial seperti kemurungan, gangguan emosi dan ketagihan Internet.
Oleh itu, sebagai masyarakat yang hidup dalam era digital, semua pihak perlu mempunyai pengetahuan tentang bagaimana komputer boleh memberikan kesan negatif terhadap kesejahteraan diri, keluarga dan masyarakat. Kaedah yang terbaik untuk mengoptimumkan kebaikan penggunaan komputer dengan mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengurangkan kesan negatifnya perlu diketahui.

4 Jenis Penyakit Bawaan Komputer