PERATURAN MAKMAL KOMPUTER



PERATURAN MAKMAL KOMPUTER (MURID)


1. Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan dan peraturan yang diberikan dari semasa ke semasa.

2. Mendapat kebenaran dari penyelaras makmal komputer sebelum menggunakan kemudahan makmal komputer. (pengunaan petang)

3. Meninggalkan kasut dan stokin di bahagian luar makmal komputer.

4. Mematuhi panduan yang betul semasa menghidup dan mematikan peralatan komputer.

5. Tidak dibenarkan menggunakan kemudahan internet tanpa pengetahuan guru.

6. Kebenaran daripada guru mestilah diperolehi sebelum melaksanakan cetakan.

7. Pelajar dilarang memasuki Bilik Server.

8. Mencatatkan maklumat penggunaan makmal pada Buku Log Penggunaan Komputer.

9. Melaporkan sebarang kerosakan dan kehilangan terhadap semua peralatan, perkakasan dan perisian dalam makmal komputer kepada penyelaras makmal atau wakilnya dengan SEGERA.

10. Dilarang mengalih atau memindahkan segala peralatan dan perkakasan dalam makmal komputer tanpa kebenaran.
11. Pelajar tidak dibenarkan membawa masuk makanan dan minuman.

12. Menggunakan pelan laluan kebakaran sekiranya berlaku kebenaran.

13. Pelajar dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer dan pastikan tiada sampah semasa meninggalkan makmal komputer.

14. Pelajar dilarang menyentuh sebarang sambungan wayar pada komputer atau sebarang pengubahsuaian atau cuba membaiki sebarang kerosakan.

15. Sebelum keluar pastikan kerusi disusun kemas, lampu dan penghawa dingin ditutup mengikut kesesuaian masa.

16. Jika berlaku kecemasan sila patuhi arahan guru dan panduan kecemasan.



PERATURAN MAKMAL KOMPUTER (GURU)


1. Mencatatkan maklumat penggunaan makmal pada Buku Log Penggunaan Makmal.

2. Guru hendaklah bersama-sama murid sepanjang P&P di dalam makmal.

3. Digunakan untuk P&P sahaja.