Tuesday, September 2, 2014

4 Jenis Penyakit Bawaan Komputer | Penyakit komputer memang ada; ada virus dan cecacing komputer, ada penyakit e-mel seperti spam, dan penyakit komputer yang lain seperti kerosakan cakera keras dan kerosakan papan kekunci. Penyakit komputer memang menyusahkan pengguna komputer. Semua itu ialah penyakit komputer; komputer yang sakit, boleh diperbaiki, dan komputer yang rosak teruk, boleh diganti dengan yang lain.

Adakah komputer boleh membawa penyakit kepada manusia? Ya, komputer memang boleh membawa penyakit kepada manusia. Pelbagai jenis penyakit boleh menjangkiti manusia disebabkan oleh penggunaan komputer dengan cara yang tidak betul. Walaupun penyakit bawaan komputer ini tidak membawa maut, tetapi apabila seseorang telah terkena penyakit bawaan komputer, keadaan ini memang menyusahkan dan kualiti hidupnya akan merosot.

Perkara pertama yang perlu diketahui ialah risiko penyakit bawaan komputer hanya menjangkiti pengguna yang dinamai sebagai “kaku komputer” (habitual). Pengguna yang duduk di hadapan komputer dalam tempoh masa yang lama memang berisiko tinggi mendapat penyakit bawaan komputer. 
Pengguna komputer, kita sepatutnya mengetahui tentang pelbagai jenis penyakit yang biasanya dikaitkan dengan penggunaan komputer yang tidak betul dan dalam tempoh yang lama. Pengetahuan ini penting supaya apabila sesuatu penyakit itu telah dikenal pasti, kita boleh berikhtiar agar penyakit tersebut dapat dihindari.

Penyakit yang biasa dikaitkan dengan penggunaan komputer yang tidak betul termasuklah:
  1.    Gangguan mata dan penglihatan
  2.    Gangguan pendengaran
  3.    Kecederaan rangka otot (MSD) seperti sakit kepala, bahu, belakang badan, pinggang, bahagian punggung, lutut dan sakit kaki
  4.    Penyakit psikososial seperti kemurungan, gangguan emosi dan ketagihan Internet.
Oleh itu, sebagai masyarakat yang hidup dalam era digital, semua pihak perlu mempunyai pengetahuan tentang bagaimana komputer boleh memberikan kesan negatif terhadap kesejahteraan diri, keluarga dan masyarakat. Kaedah yang terbaik untuk mengoptimumkan kebaikan penggunaan komputer dengan mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengurangkan kesan negatifnya perlu diketahui.

4 Jenis Penyakit Bawaan Komputer

Friday, August 15, 2014

Berikut merupakan Tatacara Login ID Frog VLE. Semoga dapat dijadikan rujukan dan panduan untuk para guru dan pelajar.

Pastikan tidak lupa Yes ID dan Password. Sekiranya lupa, boleh rujuk Encik Zubaidi Bin Djemiko.

Tatacara Login ID Frog VLE

Berikut merupakan Tatacara Login ID Frog VLE. Semoga dapat dijadikan rujukan dan panduan untuk para guru dan pelajar.

Pastikan tidak lupa Yes ID dan Password. Sekiranya lupa, boleh rujuk Encik Zubaidi Bin Djemiko.

Wednesday, June 25, 2014

Kesan Buruk Sekiranya Menggunakan Tetikus Dengan Cara Yang Salah

Bagi anda yang selalu bekerja dengan menggunakan komputer, kesalahan dalam penggunaan TETIKUS sehari-hari akan mengakibatkan carpal tunnel syndrome / karpal sindrom (istilah dalam perubatan untuk kelainan pada otot lengan). Gunakan TETIKUS dengan BAIK dan BETUL!

Ini adalah gambar pembedahan tangan pesakit yang mengalami karpal sindrom. 

Monday, June 23, 2014

Tips IT : Cara Menggunakan Tetikus Dengan Betul

Tetikus ialah peranti input ke komputer yang berfungsi mengawal gerakan penunjuk atau kursor pada skrin paparan. Ia merupakan peranti kecil yang bergerak di atas permukaan keras dan rata. 

Disini admin ingin kongsikan tips yang ringkas berkaitan dengan penggunaan tetikus dengan cara yang betul. 

Berikut merupakan cara menggunakan tetikus yang betul.

Terdapat kesan buruk sekiranya menggunakan tetikus yang salah. Admin akan kongsikan di dalam entri yang akan datang. 

URL BLOG PUSAT AKSES SMK MUNSHI ABDULLAH 

Alhamdulillah, Admin telah berjaya mewujudkan blog khas untuk pusat akses sekolah yang diberi nama Pusat Akses SMK Munshi Abdullah. Tujuan blog ini diwujudkan sebagai  platform informasi dan maklumat semasa mengenai aktiviti dan program pusat akses sekolah.

Selain itu sebagai medium perkongsian maklumat berkaitan dengan teknologi maklumat dan seangkatan dengannya.

Blog ini akan digunakan dengan sebaik mungkin dan akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.

BLOG PUSAT AKSES SMK MUNSHI ABDULLAH

Friday, June 20, 2014

Blog Makmal Komputer Berwajah Baru | Alhamdulillah. Akhirnya admin telah update dan menukar template dan menambahbaik blog makmal komputer. Semoga selepas ini admin akan update blog ini dari semasa ke semasa. InsyaAllah..

BLOG MAKMAL KOMPUTER BERWAJAH BARU