TEMPAHAN


Untuk penggunaan makmal komputer selain subjek ICT dan ICTL, tempahan boleh dibuat. Tempahan dibuat untuk mengelakkan kekeliruan jadual penggunaan makmal komputer untuk subjek ICT dan ICTL yang sedia ada. Sila rujuk JADUAL PENGGUNAAN MAKMAL KOMPUTER.

Tempahan boleh dibuat dengan mengisi borang yang telah disediakan di makmal komputer dan harap tempahan boleh dibuat terlebih awal.

Sebarang pertanyaan boleh rujuk dengan penyelaras makmal komputer, Cikgu Zubaidi atau juruteknik komputer, Puan Nurul Syarafina.

Kerjasama dari semua pihak amat dialu-alukan. Sekian, terima kasih.