Tuesday, October 18, 2011

MENGATASI MASALAH KOMPUTER



Apabila didapati komputer anda tidak berfungsi, anda boleh mengambil langkah-langkah berikut bagi mengenali punca masalah. Mengenalpasti masalah komputer mungkin berpunca dari:-



Kesilapan Sendiri.
Pengguna tanpa disedari, merupakan satu daripada punca berlakunya masalah yang dihadapi oleh komputer. Masalah yang disebabkan oleh pengguna sendiri termasuklah terlupa membuka suis atau memasukkan plug pada soket yang salah, meletak cakera dalam pemacu cakera yang salah, menekan kekunci (key) yang salah, kurang mahir dengan perisian (software), memberikan arahan yang salah (incorrect command), menggunakan perisian (software) yang telah rosak, dan beberapa perkara lain lagi.


Masalah biasa pencetak
Peralatan luaran seperti pencetak dan kabel juga boleh mendatangkan masalah kepada operasi komputer. Umpamanya air minuman yang tumpah ke atas cakera boleh menyebabkan komputer anda menghadapi masalah. Begitu juga pencetak yang kehabisan kertas juga mampu menyebabkan komputer tidak dapat mengeluarkan output yang dikehendaki.


Masalah biasa Monitor
Kesesuaian penggunaan monitor untuk sistem komputer yang tertentu adalah penting. Sekiranya anda menggunakan monitor pada komputer yang tidak serasi, maka monitor anda tidak dapat membuat paparan dengan sempurna. Jika monitor anda tidak memaparkan warna yang sepatutnya atau skrin menjadi lebih besar dari keadaan biasa, sila periksa samada komputer anda telah dipasangkan dengan driver yang sesuai bagi monitor anda.


Masalah biasa hard disk
Peralatan dalaman seperti cakera keras (hard disk) juga boleh menjadi punca kerosakan komputer. Jika cakera anda mengalami kerosakan sektor (bad sector) misalnya, ia boleh menyebabkan program komputer tidak dapat dijalankan dan ini akan menyebabkan keseluruhan sistem komputer tidak dapat digunakan.

Sekiranya perkara-perkara yang disebutkan di atas bukan menjadi punca kerosakan, barulah boleh membuat kepastian atau kesimpulan bahawa yang rosak ialah komputer itu sendiri. Kerosakan mungkin berpunca dari litar bersepadu (chip/IC). Dengan mengetahui Litar bersepadu manakah yang rosak barulah boleh dibaiki komputer dengan menggunakan peralatan khas.

0 comments:

Post a Comment