Tuesday, October 18, 2011

SOAL JAWAB : MASALAH KOMPUTER TIBA-TIBA "SHUT DOWN"


Soalan:
Salam, saya telah membeli product en beberapa hari yang lalu iaitu teknik lengkap memformat komputer tp selepas memformat, saya dapati pc saya selalu tiba2 “shut down” semasa sedang melakukan kerja atau menginstall apa2 software. Saya cuba memformat sekali lagi dan beberapa kali “shut down” sebelum selesai.

Sampai sekarang keadaan masih serupa.. tiba2 ter “shut down” sendiri dan tdk boleh on sehinggalah
saya menutup semua supply dan on kembali selepas beberapa minit. Button “stand by”
semasa ingin shut down juga tak aktif.. diharap saudara dpt membantu secepat mungkin
kerana saya perlu menyiapkan bnyk kerja sekarang.. mohon bantuan segera.

Terima kasih. Salam

Jawapan:
Komputer yang telah diformat jarang berlaku masalah seperti ini. Komputer akan menjadi lebih baik dan lebih laju berbanding sebelum format. Saya memberikan sedikit pandangan kepadanya.
1. Mungkin disebabkan kepada power supply yang tidak berjalan dengan sempurna.
2. Mungkin juga disebabkan oleh hard disk yang sudah rosak (corrupt)
3. Mungkin juga disebabkan oleh processor yang sudah panas. Bila terlampau panas, komputer tidak mampu menjalankan sebarang program dan kemudian akan shutdown dengan sendiri.

0 comments:

Post a Comment